Pages

17 May, 2010

Pesta Kaamatan.......







16hb.Mei 2010(Ahad) Kota Belud-Saya mewakili Yb DSP Joseph Pairin Kitingan merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat daerah Kota Belud di Pentas Budaya, Tamu Mingguan.
Kehadiran amat memberansangkan,ucapan tahniah kepada pihak penganjur terutama sekali urusetia yang di ketuai oleh Pegawai Daerah En. Mohd. Najib Montok.
Majlis ini amat bermakna selain menyaksikan pertandingan Unduk Ngadau,dapat juga bermesra dengan rakyat yang berbilang kaum terutama di Kota Belud.
Turut hadir Yb Dato Abdul Rahman Datuk Dahalan Ahli Parlimen P169 Kota Belud ,Yb Dtk Hj. Musbah Hj. Jamli ADUN Tempasuk/Pem. Men. Pertanian & Industri Makanan juga Yb Datuk Herbert Timbon Lagadan ADUN Kadamaian/Pem. Men. Pembangunan Masyarakat & Halehwal Pengguna.

Dalam teks ucapan TKM yang saya baca "Perayaan Pesta Kaamatan merupakan salah satu aktiviti dalam kalender perayaan Nasional dan menjadi produk pelancongan negeri Sabah.Walaupun Pesta Kaamatan sinonim dengan masyarakat Kadazandusun,namun ianya turut diraikan oleh suku-suku kaum yang lain sebagai suatu perayaan rasmi negara.

Semangat seperti ini turut berlaku dalam perayaan-perayaan rasmi yang lain seperti Hari Raya Aidil Fitri,Tahun Baru Cina,Deepavali,Gawai Dayak dan sebagainya.Ini jelas membuktikan bahawa walaupun kita datang daripada pelbagai suku kaum,etnik dan fahaman agama, namun kita boleh bersama-sama meraikan satu-satu perayaan itu dengan penuh harmoni."