Pages

28 December, 2009

Pecah Tanah Bangunan SJKC Chung Hwa KB




28.12.2009 SJKC Chung Hwa KB: Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Turut hadir pada perasmian pecah tanah tersebut ialah Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said (Ketua Bahagian UMNO KB), Dato'Rahman Dahlan (Ahli Parlimen KB), Datuk Musbah Jamli (Wakil Rakyat N.6 Tempasuk), Herbert Timbun Lagadan (Wakil Rakyat N.7 Kadamaian) dan saya sendiri selaku wakil rakyat N.8 Usukan. Bangunan ini wajar diperbaharui apabila pihak yang berwajib mengenai keselamatan bangunan menyatakan bangunan ini sudah tidak selamat dalam tempoh beberapa tahun lagi. Dalam menjayakan misi dan visi sesebuah institusi keluarga, pelajaran adalah aspek yang terpenting dan prasarana juga harus diambil kira. Syabas dan tahniah.

Pertandingan Lagu-Lagu Bajau Terbuka KB






26.12.2009 Kampung Pompod, KB: Pertandingan lagu-lagu bajau sempena Majlis Salam Mesra, Anjuran Cawangan UMNO Kg. Pompod Kota Belud. Turut hadir ialah AJK Bahagian UMNO Kota Belud, AJK Pemuda UMNO Kota Belud, Ketua-Ketua Cawangan UMNO Daerah Mengundi Pompod dan pemimpin-pemimpin masyarakat Pompod. Majlis ini dipengerusikan oleh En.Jamailin Datu Gayung. Acara ini adalah sangat baik untuk memupuk semangat cintakan lagu-lagu bajau dan budaya bajau dikalangan generasi muda masyarakat suku kaum bajau di kota belud. Lagu-lagu bajau boleh diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi lagi jika ada usaha yang jitu bermula dari akar umbi. Disamping lagu-lagu bajau, kesenian bertitik, mengesek biola dan kecekapan berkuda juga boleh dianjurkan diperingkat daerah dan negeri sabah.

Peserta yang layak keperingkat akhir seramai 15 orang kesemuanya.Johan en.Lamnun Samiun, Naib Johan Cik Ezza Azwana, Ketiga en.Jali dan penerima saguhati Masnah Eliya,Jenuin Norain, Rizuan, Sairin, Fadli, Suraini Asir, Baidan Igis, Saidah, Taip, Hailfaziana, Maikal dan Maslina. Johan pertandingan iaitu en.Lamnun Samiun mendendangkan lagu "Ongus Sebayan".

Pada masa sama saya juga amat bersyukur kerana dengan adanya aktiviti di daerah kota belud, saya juga boleh berinteraksi dan berdamping terus dengan penduduk masyarakat. Saya amat gembira bila dapat bertanya khabar dan permasalahan masyarakat. Walaupun masalah global masyarakat Kota Belud tidak dapat diatasi dengan segera tetapi usaha harus diteruskan kearah kota belud yang maju. 1KOTA BELUD 1PERJUANGAN.

24 December, 2009

Kejohanan Teakwondo Terbuka Kota Belud





13-12-2009 (Ahad) : Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud telah diadakan pertandingan Teakwondo. Antara yang menyertai pertandingan tersebut ialah Wilayah Labuan, Daerah Ranau, Daerah Kudat, Daerah Tuaran, Persatuan 22 Melayu Sandakan dan Daerah Kota Belud sebagai tuan rumah kejohanan. Dianggarkan hampir 100 orang peserta yang menyertai kejohanan tersebut.

Konvoi IMC Kg.Pirasan





13.12.2009 : Padang kg.Pirasan, Kota Belud jam 9.30 pagi (ahad)-konvoi 25 buah kereta berbagai jenis dari kelab IMC (info motospot club) diketuai oleh Juraidah Ahmad dengan Smart garage club ketuanya Rosmadi Ahmad. Program ini juga mendapat kerjasama Jabatan penerangan. Aktiviti ini boleh mengeratkan hubungan antara ahli dan masyarakat juga info cara pemanduan yang berhemah. Turut hadir Pemimpin-Pemimpin Kg Pirasan. Pada acara tersebut juga cik juraidah ahmad menyampai cenderahati sebagai kenangan kepada perasmi.

10 December, 2009

Mesra Rakyat



6.12.2009 Kota Belud: Menghadiri majlis perkahwinan di rumah salah seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, En. Naumul Maulud. Aktiviti riadah seperti ini amat baik dan perlu diteruskan sepanjang masa demi kesinambungan keakraban pemimpin dan rakyat.

program merakyatkan seni budaya 1malaysia






6.12.2009 Kg.Kulambai, Kota Belud: program merakyatkan seni budaya 1malaysia anjuran Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dengan kerjasam Pejabat Daerah Kota Belud. Selain Masyarakat Kg. Kulambai turut hadir pengarah kementerian KEKWA, Pegawai Daerah Kota Belud, Pergerakan Pemuda UMNO Kota Belud Dan Pergerakan Puteri UMNO Kota Belud. sasaran program adalah untuk masyarakat desa. Antara aktiviti Program tersebut ialah senaman seni,gotong-royong kawasan sekitar kg. Kulambai, gotong-royong membaiki rumah fakir miskin, penyampaian bantuan berbetuk barang kepada masyarakat golongan orang kurang upaya(OKU) juga penyampaian barangan keperluan fakir miskin, ibu tungal dan golongan warga emas. Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Kota Belud juga membuat demontrasi memadam api. Pada majlis tersebut juga di sampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran berupa barangan keperluan, peralatan dapur dan makanan sumbangan puteri UMNO Kota Belud dan Jabatan Kebajikan Kota Belud.

Majlis Berkhatan




6.12.09 Masjid Daerah Kota Belud: Majlis berkhatan di masjid pekan Kota Belud telah disertai seramai 130 peserta diseluruh Daerah Kota Belud. Majlis ini dianjurkan oleh masjid pekan dengan kerjasama Parlimen kota belud. Turut hadir Pegawai Daerah,Imam Daerah dn Pegawai Perhubungan parlimen kb En.asli hj parlin.

02 December, 2009

Majlis Berkhatan Sk. Peladok






01.12.2009 Kg Pantai Emas: Sk. Peladok telah mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai bagi pelajarnya yang berumur antara 10 tahun hingga 12 tahun. Majlis tersebut telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Hospital Kota Belud, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kota Belud dan masyarakat Kampung Pantai Emas. En. Sh.Lamjari Sh.Tawang selaku Pengerusi Persatuan Ibubapa Dan Guru telah menyampaikan cenderakenangan sambil disaksikan oleh Puan Bidang@Fauziah Sipoi Guru Besar SK. Peladok Kota Belud. Selain berkhatan beramai-ramai, Sk. Peladok juga mengadakan majlis penyampaian anugerah pelajar cemerlang peringkat Sk. Peladok. Mandi beramai-ramai peserta berkhatan juga turut menarik perhatian ramai. Turut hadir pada majlis tersebut ialah En.Datu Matlan Datu Unjung Pengetua SMK Pekan 2, Kota Belud, Ketua-ketua Kampung, Pengerusi-pengerusi JKKK Dan Kakitangan UPKR N.8 Usukan.

Mangsa Kebakaran



01.12.2009 Kg. Kulambai: menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kpd mangsa kebakaran di kg kulambai. kebakaran berlaku pada hari ahad 30 hb nov 2009. semasa kebakaran penghuni rumah tidak berada di rumah kerana menghadiri majlis kahwin. turut melawat sebelum ini ialah Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin,kebetulan msa itu Dtk Rosnah Menghadiri majlis Kahwin d Kg Kuala Abai.
mangsa kebakaran ialah En.Mali bin Sipok.....penerima dlm gambar dgn Dtk ialah isteri Ady Bin Mali. Turut sama dalam penyampaian sumbangan tersebut ialah en. Sedian Tundan Pemimpin Kemajuan Rakyat N.8 Usukan, Kota Belud.

23 November, 2009

Penyampaian KOWMP SK.Pituru



18.11.2009 Kota Belud: Penyampaian KOWMP Sk.Pituru dan Majlis keluarga PIBG SK.Pituru telah berjalan dengan jayanya. Turut hadir pada kedua-dua majlis tersebut ialah Pegawai BTN, Guru Besar Sk. Pituru dan Jabatan Kesihatan Kota Belud.

Ramah Mesra Bersama Mantan PPUKB



17.11.2009 Tuaran- Majlis perjumpaan dan ramah mesra Mantan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah bersama Mantan Pergerakan Pemuda UMNO Kota Belud 2004-2008 di restoran seafood gayang, tuaran.Tidak ada apa yang penting selain dari keharmonian sesama kita. Budaya tarik menarik seharusnya dikikis setiap pemimpin pertengahan supaya matlamat 1Malaysia tercapai dengan jayanya. Pada majlis tersebut hampir semua Mantan AJK PPUKB 2004-2008 hadir.

14 November, 2009



12 november 2009 Pejabat Daerah Kota Belud: Program damai masyarakat bebas dadah anjuran PEMADAM daerah kota belud bersama Agensi Dadah Kebangsaan. Antara peserta yang hadir ialah RELA, Ketua ketua kampung, pengerusi pengerusi jkkk, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri dan JHEAINS Kota Belud. Ceramah telah disampaikan oleh Imam Daerah Kota Belud dan Polis Diraja Malaysia Cawangan Kota Belud.



12 november 2009 Kg.Labuan, Kota Belud: Program Gotong royong bersama petani dan penduduk Kampung, Kg. Labuan. Dalam program tersebut telah disampaikan bantuan dawai duri kepada petani kg. Labuan. Turut hadir JKKK kampung labuan dan kakitangan unit pemimpin kemajuan rakyat (upkr) n.08 usukan.

08 November, 2009



8 Nov 2009- Program Penyerahan Uniform RELA Kg. Pengkalan Abai, Kota Belud. Turut hadir ialah E. Yakup Zaini (Peg.RELA Daerah). Dalam majlis ini sebanyak 25 pakaian uniform seragam RELA telah diserahkan kepada Ketua Platon RELA Kg. Pengkalan Abai. Saya berharap golongan belia dapat menyumbangkan bakti dan seterusnya menyertai RELA Kampung masing-masing yang ada di Kota Belud. Aspek kelselamatan adalah yang terpenting dalam sesebuah kampung.


5.11.2009- Program Anugerah Cemerlang Dan Konvokesyen SMK Pekan, Kota Belud. Saya amat kagum dengan persiapan SMK Pekan dan tidak mustahil SMK Pekan akan menjadi penaraju atau pembekal pelajar-pelajar pintar di Daerah Kota Belud. Pelajar juga diseru untuk meningkatkan tahap pembelajaran. Kemana pun juga kita berada, samada di dunia ataupun di akhirat... ilmu adalah sangat penting dan berguna. Di akhir majlis saya juga amat terharu dan tertarik apabila pelajar-pelajar memohon restu dari ibubapa dan guru-guru warga SMK Pekan.

04 November, 2009



4 NOV 2009: MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PENGAWALAN PADI ANGIN PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD DIRASMIKAN OLEH YB DATUK YAHYA HUSSIN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH

TURUT HADIR PADA MAJLIS TERSEBUT YB.DATUK MUSBAH HAJI JAMLI, YB.DATUK BOBEY SUAN, YB.HERBERT TIMBUN, PENGARAH PERTANIAN SABAH DAN PEGAWAI DAERAH KOTA BELUD

MAJLIS INI DIANJURKAN OLEH JABATAN PERTANIAN NEGERI SABAH DAN BERTEMPAT DI DEWAN TUN SAID, KOTA BELUD.

KOTA BELUD AMAT BERTUAH KERANA MEMPUNYAI TANAH YANG SUBUR SEHINGGAKAN JELAPANG PADI SABAH TERLETAK DALAM DAERAH KOTA BELUD. PADA MAJLIS TERSEBUT TELAH DILANCARKAN PENGAWALAN PADI ANGIN YANG MANA BOLEH MEROSAKAN DAN MENJEJASKAN BUAH PADI YANG LAIN. PERKARA INI AMAT BAIK KEPADA SEMUA PETANI AGAR HASIL TANAMAN PADI BERTAMBAH DENGAN TERKAWALNYA PADI ANGIN INI.

01 November, 2009

Bengkel Plan Tindakan Desa



Bengkel ini telah dianjurkan oleh Institiut Kemajuan Desa di bawah kementerian kemajuan luar bandar & wilayah dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada JKKK kg.song-song. Peserta yang mengikuti bengkel ini adalah seramai 65 orang. Saya yakin juga dengan kesepakatan dan perpaduan dikalangan masyarakat sesebuah Kampung akan dapat memudahkan perlaksanaan program pembangunan.bengkel ini juga akan dapat mengenalpasti kehendak masyarakat kampung supaya perlaksanaan program pembangunan dapat di laksanakan dengan berkesan.

29 October, 2009

Tamu Besar Kuda Bajau



Kuda Bajau adalah salah satu aset budaya yang unik suku kaum bajau di Kota Belud. Dengan adanya Tamu Besar yang diadakan setiap tahun di Daerah Kota Belud ini, kuda bajau ini tak lapuk ditelan zaman. Perarakan Perhiasan Kuda Bajau pada Tamu Besar Kota Belud tahun 2009 ini telah disempurnakan perasmianya oleh YB Datuk Japlin Hj. Akim dan turut hadir Pegawai Daerah Kota Belud dan Penolong Pegawai Daerah Kota Belud (pentadbiran).

e-Desa Usukan, Kg.Pantai Emas Kota Belud



Kampung Pantai Emas Kota Belud yang mana terletaknya e-Desa Usukan adalah sangat bertuah kerana telah mendapat kemudahan ini. Dalam Daerah Kota Belud hanya satu Pusat e-Desa yang beroperasi hasil dari pemantauan dan bantuan Unit Kemajuan IT Negeri Sabah. Setiap tahun e-Desa ini akan mengadakan kursus ICT yang mana lebih dari 20 subjek ICT akan diajar oleh guru-guru IT yang berpengalaman. Perasmian bangunan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Japlin Akim pada tahun 2008. Atas desakan global yang mana masyarakat perlu mengetahui dan menguasai bidang IT maka rasa terpangil yb datuk japlin untuk melawat sendiri e-desa usukan ini buat kali kedua (2) bagi meninjau operasi e-Desa ini. Turut kelihatan ialah Pengerusi Pusat e-Desa Usukan, En. Ramilkan Adsin dalam Program turun padang YB Japlin ke e-Desa Usukan.

Sumbangan Kepada Ibu Tunggal






Kampung Pengkalan Abai, Kota Belud. Seorang ibu tunggal telah menerima bantuan berupa perkakasan membina sebuah rumah. Pada masa yang sama yb japlin telah menyampaikan bantuan tersebut bersama dengan ketua pemuda UMNO kota belud (En.Baharul Sawi). Pada upacara penyampaian bantuan tersebut, sebahagian AJK Pemuda UMNO dan AJK UMNO Bahagian Kota Belud turut hadir. Program seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa kepada semua lapisan masyarakat bagi menyahut saranan 1Malaysia oleh Perdana Menteri...rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan tidak mengira suku kaum dan agama.

japlin meninjau bazar ramadhan kb



Pada bulan puasa tetap menjenguk keadaan rakyat yang berniaga di bazar ramadhan kota belud. peningkatan ekonomi rakyat adalah unsur penting dalam memajukan ekonomi sesebuah keluarga. disamping itu juga yb japlin sempat beramah mesra dengan peniaga dan menyumbang penutup hidung dan mulut agar H1N1 tidak terus merebak di kalangan masyarakat dan seharusnya masyarakat sedar betapa bahayanya penularan penyakit H1N1.

ADUN N.08 Usukan



Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog saya. terima kasih kerana melawat laman web saya ini. saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan dari semua lapisan masyarakat baik dari kota belud mahupun semua lapisan masyarakat di negeri sabah.