Pages

28 December, 2009

Pertandingan Lagu-Lagu Bajau Terbuka KB






26.12.2009 Kampung Pompod, KB: Pertandingan lagu-lagu bajau sempena Majlis Salam Mesra, Anjuran Cawangan UMNO Kg. Pompod Kota Belud. Turut hadir ialah AJK Bahagian UMNO Kota Belud, AJK Pemuda UMNO Kota Belud, Ketua-Ketua Cawangan UMNO Daerah Mengundi Pompod dan pemimpin-pemimpin masyarakat Pompod. Majlis ini dipengerusikan oleh En.Jamailin Datu Gayung. Acara ini adalah sangat baik untuk memupuk semangat cintakan lagu-lagu bajau dan budaya bajau dikalangan generasi muda masyarakat suku kaum bajau di kota belud. Lagu-lagu bajau boleh diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi lagi jika ada usaha yang jitu bermula dari akar umbi. Disamping lagu-lagu bajau, kesenian bertitik, mengesek biola dan kecekapan berkuda juga boleh dianjurkan diperingkat daerah dan negeri sabah.

Peserta yang layak keperingkat akhir seramai 15 orang kesemuanya.Johan en.Lamnun Samiun, Naib Johan Cik Ezza Azwana, Ketiga en.Jali dan penerima saguhati Masnah Eliya,Jenuin Norain, Rizuan, Sairin, Fadli, Suraini Asir, Baidan Igis, Saidah, Taip, Hailfaziana, Maikal dan Maslina. Johan pertandingan iaitu en.Lamnun Samiun mendendangkan lagu "Ongus Sebayan".

Pada masa sama saya juga amat bersyukur kerana dengan adanya aktiviti di daerah kota belud, saya juga boleh berinteraksi dan berdamping terus dengan penduduk masyarakat. Saya amat gembira bila dapat bertanya khabar dan permasalahan masyarakat. Walaupun masalah global masyarakat Kota Belud tidak dapat diatasi dengan segera tetapi usaha harus diteruskan kearah kota belud yang maju. 1KOTA BELUD 1PERJUANGAN.