Pages

17 December, 2010

Kg.Pandasan Kg. Bersejarah





16-12-2010 Jam 2.00 petang bertempat di padang Sk Pandasan saya di jemput untuk merasmikan majlis Ramah Mesra dan Program Desa Cemerlang dan Berinovasi anjuran Yayasan Sabah yang diketuai oleh Ketua Pegawai Zon Yayasan Sabah (PBU) En. Sabrin Sindan.
Kampung Pandasan yang di pilih untuk program ini rasa beruntung kerana mendapat bimbingan bagi mencapai hasrat kecapaian program ini.
Kampung Pandasan ini juga di kenali dengan sejarah Tamu Pandasan,Perang Pandasan juga pernah menempah sejarah yang telah di masukkan dalam Book of Rekod bertitik 24 jam tanpa henti.
Pendayaung sudah di tangan ayuh masyarakat Pandasan kita sama-sama bergerak memajukan desa kita ini,tempat dimana kita di lahirkan agar satu hari nanti kampung ini di kenali di mata dunia...sebahagian ucapan Pengerusi PDCB En. Abd. Manan Kambar
Saya merumuskan melalui ucapan untuk mencapai desa cemerlang 4 teras ini hendaklah bergandingan pertama Kepimpinan dan Organisasi kedua Ilmu dan kemahiran ketiga Ekonomi dan Keusahawanan serta Sosiobudaya.
Saya menasihatkan agar Kampung Pandasan merebut peluang ini untuk memajukan Kampung mereka.