Pages

31 December, 2010

Juara Rakyat Bulan Kerjaya & Kemahiran




29hb.Dis,2010 Dewan Masyarakat Tun Said Keruak sekali lagi saya dijemput merasmikan program Juara Rakyat bulan Kerjaya dan kemahiran di mana satu daripada aktiviti UMNO bahagin Kota Belud yang di pengerusikan oleh Naumul Maulud juga selaku AJK bahagian Umno Kota Belud.
Antara pengisian acara tersebut ialah ceramah menuju puncak yang di sampaikan oleh penceramah-penceramah dari agensi dalam daerah kota belud seperti GIAT MARA, INSTITIUT PERTANIAN TIMBANG MENGARIS,PUKONSA dan lain2 agensi.
Menurut pihak penganjur di sebelah pagi acara temuduga terbuka kepada mereka2 yang berminat untuk bekerja dalam syarikat2 besar di Sabah seperti KAMDAR,PAKSON dan lain2 lagi turut membuka kaunter.
Pada malamnya pula acara hiburan,oleh kerana bertepatan pada malam tersebut perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia piala AFF Suzuki maka penganjur menyediakan skrin untuk menonton secara langsung perlawanan tersebut bersama2 perasmi ia itu YBHG DSSK Ketua UMNO Bhg Kota Belud dengan diselitkan tarian2 beberapa etnik dalam daerah Kota Belud.
Juara Rakyat ini adalah acara penghabisan dalam kalendar aktiviti UMNO Bahagian dalam tahun 2010.