Pages

31 December, 2010

Juara Rakyat Bulan Kerjaya & Kemahiran




29hb.Dis,2010 Dewan Masyarakat Tun Said Keruak sekali lagi saya dijemput merasmikan program Juara Rakyat bulan Kerjaya dan kemahiran di mana satu daripada aktiviti UMNO bahagin Kota Belud yang di pengerusikan oleh Naumul Maulud juga selaku AJK bahagian Umno Kota Belud.
Antara pengisian acara tersebut ialah ceramah menuju puncak yang di sampaikan oleh penceramah-penceramah dari agensi dalam daerah kota belud seperti GIAT MARA, INSTITIUT PERTANIAN TIMBANG MENGARIS,PUKONSA dan lain2 agensi.
Menurut pihak penganjur di sebelah pagi acara temuduga terbuka kepada mereka2 yang berminat untuk bekerja dalam syarikat2 besar di Sabah seperti KAMDAR,PAKSON dan lain2 lagi turut membuka kaunter.
Pada malamnya pula acara hiburan,oleh kerana bertepatan pada malam tersebut perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia piala AFF Suzuki maka penganjur menyediakan skrin untuk menonton secara langsung perlawanan tersebut bersama2 perasmi ia itu YBHG DSSK Ketua UMNO Bhg Kota Belud dengan diselitkan tarian2 beberapa etnik dalam daerah Kota Belud.
Juara Rakyat ini adalah acara penghabisan dalam kalendar aktiviti UMNO Bahagian dalam tahun 2010.

17 December, 2010

Kg.Pandasan Kg. Bersejarah





16-12-2010 Jam 2.00 petang bertempat di padang Sk Pandasan saya di jemput untuk merasmikan majlis Ramah Mesra dan Program Desa Cemerlang dan Berinovasi anjuran Yayasan Sabah yang diketuai oleh Ketua Pegawai Zon Yayasan Sabah (PBU) En. Sabrin Sindan.
Kampung Pandasan yang di pilih untuk program ini rasa beruntung kerana mendapat bimbingan bagi mencapai hasrat kecapaian program ini.
Kampung Pandasan ini juga di kenali dengan sejarah Tamu Pandasan,Perang Pandasan juga pernah menempah sejarah yang telah di masukkan dalam Book of Rekod bertitik 24 jam tanpa henti.
Pendayaung sudah di tangan ayuh masyarakat Pandasan kita sama-sama bergerak memajukan desa kita ini,tempat dimana kita di lahirkan agar satu hari nanti kampung ini di kenali di mata dunia...sebahagian ucapan Pengerusi PDCB En. Abd. Manan Kambar
Saya merumuskan melalui ucapan untuk mencapai desa cemerlang 4 teras ini hendaklah bergandingan pertama Kepimpinan dan Organisasi kedua Ilmu dan kemahiran ketiga Ekonomi dan Keusahawanan serta Sosiobudaya.
Saya menasihatkan agar Kampung Pandasan merebut peluang ini untuk memajukan Kampung mereka.

27 November, 2010

DUN Bersidang

25hb.Nov,2010 khamis...Saya berkesempatan berjumpa YAB di bilik rehat DUN untuk mengajukan beberapa masaalah dan sempat berjenaka dengan KP3 Kudat dan KP3 Papar
24hb.Nov,2010 rabu saya sempat mentelaah jawapan-jawapan sebelum sidang DUN bermula
23hb.Nov,2010 selasa Sebelum sidang dewan kami berbincang-bincang antara satu sama lain
22hb.Nov.2010 isnin Peridangan dewan di sambung semula dengan perbahasan,saya turut di beri peluang untuk menjawab pertanayaan soalan lisan.
19hb.Nov,2010 jumaat jam 3.00 petang pembentangan bajet 2011 oleh YAB Ketua menteri Sabah DSP Musa Haji Aman.

06 October, 2010

Bantuan Yayasan Sabah





Kota Belud pada 29-09-2010 bertempat di SMK Usukan Yayasan Sabah Bahagian (PBU) yang di ketuai oleh Pegawai En.Sabrin Sindan dengan kerjasama pihak sekolah menengah Usukan serta Pejabat UPKR N 8 Usukan menjemput saya untuk merasmikan majlis penyampaian Skim Bantuan Khas 2010 Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara.
Seramai 53 orang pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah mendapat bantuan tersebut Rm100 bagi pelajar SMK seramai 20 orang dan Rm60.00 bagi Sekolah Rendah seramai 33 orang.
Turut hadir dalam majlis tersebut Wakil Pengetua SMK Usukan,Guru Besar SK Timbang Dayang,SK Sembirai juga wakil guru besar SK Peladok,tidak ketinggalan Pengerusi PIBG SMK Usukan Sdr Rakim Jali.
Kehadiran ibubapa sungguh menggalakkan serta berazam untuk menggunakan wang bantuan kepada anak-anak mereka bagi keperluan pembelajaran.mereka juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan terutama kepada Kumpulan Yayasan Sabah.
walaupun jumlah yang sedikit tapi amat bermakna kepada mereka yang memerlukan

27 September, 2010

Riang Ria Aidil Fitri UMNO Bahagian Kota Belud







25-09-2010 Bersama Ketua Bahagian UMNO DSSK juga Ahli Parlimen Kota Belud Yb Dato Rahman Datuk Dahlan di majlis Rumah Terbuka dan sambutan Juara Rakyat (Bulan Kebudayaan) UMNO Bahagian Kota Belud bertempat di Restoran Rasa Sayang Kg. Bobot.
Kehadiran orang ramai menunjukkan kemuafakatan kepimpinan bahagian.kesempatan di suasana hari raya ini memberi peluang untuk bersalam-salaman dengan sanak saudara,sahabat handai,rakan taulan yang jarang-jarang bertemu kerana kesibukan tugas masing-masing.
Turut menyerikan majlis ini persembahan tarian kebudayaan dari SMK Usukan juga nyanyian lagu-lagu raya yang di persembahkan oleh penyanyi tempatan seperti Sdr Idris Nanti(Pengerusi Biro Kebudayaan ) Sdr Dino dan ramai lagi.
Semoga malam ini membawa satu mesej yang baik bagi masyarakat daerah Kota Belud.Tidak ketinggalan juga Pemimpin dari kompenen BN turut hadir.

09 September, 2010

Sepanjang Ramadhan 2010

Bersama Yayasan Sabah yang di ketuai oleh
En.Sabrin Sindan berbuka puasa,terawih dan
penyampaian sumbangan dari YS kpd Masjid
Kg. Suang Punggor.
Bersama DSSK menjamu juadah selepas solat
terawih di masjid Batu 4 kota belud
Masjid Kg Labuan majlis penyerahan bantuan
fakir sumbangan Baitumaal JHEAINS turut bersama
Ust.Seman Jipar,Sibin Harun Pengerusi JKKK
Solat terawih di masjid Kg.Bala Liang bersama
rombongan Jabatan Pelajaran Kota Belud dalam
majlis lawatan badan dakwah daerah sempena ramadhan
Menyampaikan bantuan fakir kpd penerima di
masjid Kg.Pantai Emas hadir sama imam daerah
Berbuka puasa dgn PLKN di masjid Kg.Kuala Abai
anjuran Komuniti Bistari/Jabatan Penerangan
Majlis berbuka puasa bersama Ketua Polis Negeri
di surau balai polis Kota Belud
Menghadiri majlis berbuka puasa bersama YAB
Ketua Menteri di masjid Assyakirin Kudat.
Berbuka puasa,solat maghrib,isyak dan terawih
dgn Masyarakat Kg. Ambong program Dakwah Daerah.
"Jom Sahur" SMK Usukan jam 3.00 pagi bersama2
jemaah mendengar tazkirah,sahur dan solat subuh.

06 August, 2010

Melawat sistem perparitan Kg.Timbang Dayang





18hb.Julai,2010(Ahad) Kg. Timbang Dayang - Setelah menerima lapuran daripada masyarakat setempat saya melakukan pemantauan mengejut terhadap sistem perparitan yang menjadi isu di Kampung tersebut.
Bersama Pengerusi JKKK Idris Yakup PKR Sedin Tundan dan wakil Juru Perunding Pembinaan SK Timbang Dayang Razak Wong turut meninjau kawasan parit yang menjadi punca kepada pertakungan air,di mana saluran yang kecil tidak dapat menapung pengaliran air hujan turun ke kawasan sungai.
Saya mengarah JKKK dengan kerjasama buruh pembina Sk Timbang Dayang(pengakuan di buat oleh Juru Perunding),agar dapat bergotong royong membersihkan parit yang terlibat.

19 July, 2010

RELA...sesuai dengan gelaran mu





18hb Julai 2010-Kg Timbang Dayang Kota Belud saya di jemput untuk merasmikan Platun Rela 0043 Kg Timbang Dayang, dengan seruan "rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan",walaupun sibuk dengan tugas rasmi di Kota Kinabalu saya bergegas juga ke kawasan demi memenuhi tuntutan rakyat di kawasan saya.
Rela merupakan pasukan ke 3 dalam pasukan keselamatan yang di beri tanggongjawab menjaga keselamatan negara selepas pasukan polis dan juga tentera.
Oleh itu saya menyeru kepada masyarakat agar dapat menyumbang bakti kepada negara melalui pasukan rela.
Turut hadir dalam majlis itu ia lah Pegawai Rela Daerah Yakup Jaini, Januin Hj. Sudah serta pegawai2 rela berbagai pangkat.

04 July, 2010

Sepak takraw






19hb.Jun,2010 Kg. Pirasan saya merasmikan kejohanan sepak takraw tertutup anjuran KRT Kg. Pirasan yang di pengerusikan oleh Haji Duyuk KK Hj Tahir.
Kampung yang terlibat dalam kejohanan tertutup ini ialah Kg. Piasau,Ranagalau,Dundau,Rajunah dan Podos.

Selain daripada mengeratkan talisilaturrahim ia juga dapat mencungkil bakat2 pemain di kalangan jenerasi muda,memupuk nilai-nilai murni serta meningkatkan penyertaan masyarakat dalam bidang sukan yang di ceburi,mengujudkan budaya amalan sukan sihat dan cergas,serta memupuk semangat kesukanan.

Dengan moto 1 Malaysia cergas...."MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIHKAN KEPELBAGAIAN"