Pages

06 October, 2010

Bantuan Yayasan Sabah





Kota Belud pada 29-09-2010 bertempat di SMK Usukan Yayasan Sabah Bahagian (PBU) yang di ketuai oleh Pegawai En.Sabrin Sindan dengan kerjasama pihak sekolah menengah Usukan serta Pejabat UPKR N 8 Usukan menjemput saya untuk merasmikan majlis penyampaian Skim Bantuan Khas 2010 Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara.
Seramai 53 orang pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah mendapat bantuan tersebut Rm100 bagi pelajar SMK seramai 20 orang dan Rm60.00 bagi Sekolah Rendah seramai 33 orang.
Turut hadir dalam majlis tersebut Wakil Pengetua SMK Usukan,Guru Besar SK Timbang Dayang,SK Sembirai juga wakil guru besar SK Peladok,tidak ketinggalan Pengerusi PIBG SMK Usukan Sdr Rakim Jali.
Kehadiran ibubapa sungguh menggalakkan serta berazam untuk menggunakan wang bantuan kepada anak-anak mereka bagi keperluan pembelajaran.mereka juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan terutama kepada Kumpulan Yayasan Sabah.
walaupun jumlah yang sedikit tapi amat bermakna kepada mereka yang memerlukan