Pages

11 May, 2011

Komuniti 1 Malaysia Kg Siasai





9-5-2011 Kg.Siasai Kota Belud - Saya di jemput untuk merasmikan Anjung Bestari Komuniti 1 Malaysia dan malam rentak irama 1 Malaysia di bangunan baru anjung bestari Kg Siasai.Dengan peruntukan 5k mereka mampu mendirikan bangunan anjung bestari untuk kampung tersebut,dengan semangat gotong royong dan muafakat,saya memuji penduduk di Kg. Siasai kerana dapat melaksanakan program tersebut.
Malam itu juga turut di pertandingkan rentak irama 1 Malaysia yang mana tujuan untuk mencungkil bakat-bakat kanak-kanak dan remaja dalam bidang tarian tradisi.
Sebelum ini saya juga telah merasmikan anjung bestari Kg,Kuala Abai.Saya berharap organisai ini dapat menyumbangkan tenaga dan buah fikiran kepada masyarakat setempat bagi membantu kerajaan yang ada untuk melaksanakan pembangunan.