Pages

08 April, 2011

Ewah-ewah Sayang







4hb April,2011-Kota Belud- Bertempat di dewan masyarakat Tun Said saya di jemput untuk merasmikan program ewah-ewah sayang anjuran Jabatan Perpaduan & integrasi Nasional negeri Sabah yang di ketuai oleh Pengarah nya Puan Nurul Akmalina Hj Samsuddin.
Pengisiannya ialah pertandingan tarian kanak-kanak Tabika Perpaduan peringkat Kota Belud dan Ranau.Idea baru yang dicetuskan sendiri oleh Pengarahnya,bertujuan mencungkil bakat-bakat kanak-kanak tabika di peringkat awal lagi,semoga dengan adanya majlis seumpama ini anak-anak yang cemerlang boleh menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing tanpa malu dan segan berhadapan dengan orang ramai.Ibu bapa yang hadir turut memberikan semangat kepada anak-anak mereka.
Dalam pertandingan ini Tabika Perpaduan Kg. Pirasan telah muncul sebagai johan.Tuan Haji Duyok Haji Tahir Pengerusi KRT Kg.Pirasan melahirkan ucapan terima kasih serta rasa gembira kerana atas didikan dan tunjuk ajar guru-guru yang tidak mengenal penat lelah akhirnya mendapat tempat.
Saya menyeru kepada ibubapa agar memberi tumpuan kepada anak-anak kecil ini agar tidak terjebak dengan gejala-gejala yang tidak baik.Mereka hendaklah memberikan galakan yang baik demi masa depan sebab persaingan di sekeliling dan juga global semakin hari semakin memerlukan ilmu."Melentur buluh biar lah dari rebungnya"