Pages

02 March, 2011

Belia Perlu Bangkit





19hb.Feb,2011 jam 9.00 pagi bertempat di pantai kg Nanamun Rampayan Laut saya bersama pelatih PLKN dalam majlis Komuniti 1 Malaysia kerjasama Jabatan Penerangan Kota Belud anjuran Komuniti Bestari Kg. Nanamun yang di pengerusikan oleh Datu Jafrin Datu Anggol.Acara gotong royong membersih kawasan pantai Nanamun serta berbagai acara yang di sediakan oleh pihak penganjur.
Dalam ucapan saya menyentuh beberapa faktor berhubung belia beliawanis yang berpeluang mengikuti pembelajaran beberapa modul yang di sediakan oleh PLKN.Mereka rasa beruntung kerana seawalnya di dedahkan dengan berbagai khidmat untuk melatih mereka bermasyarakat sebelum mereka keluar dari kepompong persekolahan.
Selepas majlis itu saya beredar ke satu majlis penubuhan persatuan belia yang di anjurkan oleh ajk biro keahlian Pemuda Umno Kota Belud bertempat di Mini Dewan Mayang Sari di ketuai oleh Naib Ketua Pemuda Kota Belud Sdr Arshad Bistari.
Dengan ada nya Persatuan Belia Kota Belud ini saya berharap agar para belia bangkit untuk memperjuangkan belia khususnya di Kota Belud.