Pages

02 June, 2010

Belia harapan bangsa




2hb.Jun,2010-(Rabu) KOTA BELUD-Saya merasmikan program Akar Umbi 2010 Penubuhan Persatuan Belia Daerah Kota Belud anjuran Kementerian Belia Dan Sukan Sabah.

Peserta yang terdiri dari ahli2 belia di 3 kawasan Kadamaian,Tempasuk dan Usukan.Dalam ucapan saya menyentuh tentang berpersatuan. Di mana Persatuan akan menjadi persatuan yang kuat apabila seseorang itu tahu tugas masing-masing dalam persatuan.

Kalau boleh setiap belia ada persatuan yang di ikuti,kerana persatuan boleh mengajar kita mendisplinkan diri.

Turut bersama dalam majlis tersebut Pegawai Daerah En. Mohad. Najib Montok,Pemimpin Kemajuan Rakyat En. Sedin Tundan,Pegawai JHEAINS (PBU) Ustaz Zuldin Hj. Abd. Hamid,Imam Daerah Ustaz Hj.Madli Hj.Manshor.

Saya berharap belia-belia di sekitar Kota Belud dapat mengambil peluang ini,kerana mereka ini bakal menjadi pemimpin akan datang.