Pages

14 January, 2011

Pulau Mantanani 2011












Kota Belud-13hb.Januari 2011 -Sekitar jam 8.00 pagi dari jeti Kg Kuala Abai saya bersama rombongan menaiki bot pelancong 400hp menuju ke destinasi Pulau Mantanani.
Program Pemimpin bersama rakyat yg di anjurkan oleh JKKK di Pulau tersebut Tn.Hj Jafawil Hj Ismail dengan pengisian menyampaikan bantuan zing kepada 122 orang yang dikenal pasti memerlukan perkakas tersebut untuk membaiki rumah mereka.
Setiba di jeti Pulau mantanani kami di sambut oleh Ketua Kampung juga penduduk dan di bawa ke tempat acara tersebut di jalankan iaitu di depan masjid berhampiran Kelas Tabika Kemas.
Ucapan berkisar dengan masalah air,letrik,pendidikan,ekonomi.Begitu juga saya menyentuh peruntukan-peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan ke dalam kampung tersebut seperti khemah,kerusi,zink,rumah pprt dan lain-lain lagi.
Selepas penyampaian/penyerahan zing secara simbolik kami di hiangkan dengan makanan yang berlaukkan ikan bakar.sungguh menyeronokkan.sambil melayan masalah rakyat yang ingin bersemuka dengan saya.
Lawatan ke bangunan rumah perkuburan juga di buat sebelum pulang ke tanah besar kami sempat singgah di sebuah chelet kepunyaan anak tempatan berasal dari Sandakan.sungguh cantik tempat tersebut untuk bersantai cuti-cuti Malaysia.
Pakej yang di terangkan oleh pemilik resot tersebut kira 1 kepala...bot rm100 menginap 1 malam rm50 makan/sarapan 3 kali rm60.
Kebanyakkan pengunjung dari luar negara.....(aktiviti pertama tahun 2011)