16 January, 2011
ADUN
15hb Januari,2011 KOTA BELUD Bermula jam 11.00 pagi saya menghadiri majlis seminar di masjid Kg Wakap anjuran bersama AJK masjid dan Jheains.Perpaduan dalam masyarakat untuk menambah ilmu dunia dan akhirat ada perlu pada hari ini dalam dunia yang penuh mencabar.
Dua penceramah yang didatangkan khas dari jheains kota kinabalu telah membentangkan kertas kerja mereka di seminar tersebut.Sambutan amat menggalakkan.Dalam ucapan saya menyeru agar majlis seperti ini dapat diadakan sekerap mungkin.Lebih-lebih lagi disasarkan kepada belia2 dan beliawanis2 untuk membantu mereka mempelajari kehidupan yang sebenar dalam islam.
Turut hadir Penolong Pengarah JHEAINS Ust Seman Jipar juga pemimpin-pemimpin setempat.
Pada Sebelah petangnya pula saya sekali lagi mengadiri majlis penutupan kursus anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional bertempat di dewan Restoran Rasa sayang Kg Bobot.
Kehadiran seramai 70 orang peserta terdiri dari Pengerusi,Setiausaha dan Bendahari dari 36 buah Rukun Tetangga Daerah Kota Belud amat menyenangkan bagi saya sebagai pemimpin menjelaskan langkah-langkah kerajaan menyatupadukan masyarakat.
Kumpulan Permuafakatan yang di pengerusikan oleh Sibil Uli dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Kota Belud telah berjaya melaksanakan program-program dalam daerah Kota Belud.Jabatan ini juga tidak jemu-jemu untuk mengadakan aktiviti.Tahniah dan syabas.