Pages

09 April, 2011

MAT PIBG SK KULAMBAI






09hb.April,2011 Sk Kulambai Kota Belud merasmikan mesyuarat agung tahunan PIBG sesi 2010/2011 juga penyampaian hadiah saguhati pelajar cemerlang 5A UPSR 2010 (DUN Usukan) seramai 15 orang pelajar yang telah berjaya.
Di mana-mana majlis seumpama ini saya selalu menekankan tentang tanggongjawap ibu bapa juga kesungguhan pelajar-pelajar itu sendiri agar dapat meningkatkan usaha untuk belajar kerana persaingan masa kini yang amat mencabar.
Selalu saya lontarkan agar kita dapat melahirkan pelajar yang kalau kita lontarkan ke laut menjadi pulau,lontarkan ke darat menjadi gunung dan limpar ke langit menjadi bintang.
Hadir sama En Laugan Iman wakil Pegawai Pelajaran Daerah,Hj.Madrin Yakob Guru Besar Sk Kulambai,Ust.Meleh Bidin YDP PIBG Sk Kulambai juga 200 orang ibu bapa yang turut memberi sokongan.

08 April, 2011

Ewah-ewah Sayang







4hb April,2011-Kota Belud- Bertempat di dewan masyarakat Tun Said saya di jemput untuk merasmikan program ewah-ewah sayang anjuran Jabatan Perpaduan & integrasi Nasional negeri Sabah yang di ketuai oleh Pengarah nya Puan Nurul Akmalina Hj Samsuddin.
Pengisiannya ialah pertandingan tarian kanak-kanak Tabika Perpaduan peringkat Kota Belud dan Ranau.Idea baru yang dicetuskan sendiri oleh Pengarahnya,bertujuan mencungkil bakat-bakat kanak-kanak tabika di peringkat awal lagi,semoga dengan adanya majlis seumpama ini anak-anak yang cemerlang boleh menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing tanpa malu dan segan berhadapan dengan orang ramai.Ibu bapa yang hadir turut memberikan semangat kepada anak-anak mereka.
Dalam pertandingan ini Tabika Perpaduan Kg. Pirasan telah muncul sebagai johan.Tuan Haji Duyok Haji Tahir Pengerusi KRT Kg.Pirasan melahirkan ucapan terima kasih serta rasa gembira kerana atas didikan dan tunjuk ajar guru-guru yang tidak mengenal penat lelah akhirnya mendapat tempat.
Saya menyeru kepada ibubapa agar memberi tumpuan kepada anak-anak kecil ini agar tidak terjebak dengan gejala-gejala yang tidak baik.Mereka hendaklah memberikan galakan yang baik demi masa depan sebab persaingan di sekeliling dan juga global semakin hari semakin memerlukan ilmu."Melentur buluh biar lah dari rebungnya"