Pages

24 March, 2011

Nelayan perlu di bela




24hb.Mac,2011 Kota Belud - Bertempat di dewan masyarakat Tun Said Keruak satu majlis dialog dan ramah mesra di antara Shell/Petronas bersama nelayan kawasan Kota Belud anjuran Persatuan Nelayan Kawasan Kota Belud
Saya di beri penghormatan untuk merasmikan majlis tersebut.Saya mengharapkan kepada wakil-wakil jabatan ataupun pihak swasta yang hadir dalam majlis tersebut dapat bekerjasama untuk membantu nelayan-nelayan terutama sekali di kawasan Kota Belud.
Masalah-masalah yang di kemukakan berhubung kawasan menangkap ikan yang berdekatan pelantar minyak,berhubung lesen menangkap ikan,subsidi,serta perkara2 lain yang berhubung dengan nelayan.
Turut hadir dan menjadi ahli panel dalam majlis tersebut Wakil dari
Petronas,Shell,LKIM,Pejabat Daerah,Maritim,PDRM,Jabatan Perikanan dan lain2 jabatan yang berkaitan.

14 March, 2011

MSSD Daerah Ke 43







10hb.Mac,2011- SMK Usukan saya di jemput merasmikan majlis penutupan kejohanan padang dan balapan sekolah2 daerah Kota Belud kali ke 43. Seruan saya kepada sekolah yang mengambil bahagian agar acara ini dapat membentuk masyarakat yang mempunyai jati diri kuat untuk menempuh masa hadapan yang mempunyai banyak saingan. Kepada para atlet agar menjadikan sukan ini sebagai amalan selain mengharum nama sekolah ianya juga boleh menyehatkan tubuh badan. Untuk atlet yang mendapat pingat emas dan akan mewakili Kota Belud ke peringkat PBU saya memberikan penghargaan serta suntikan semangat. Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud En Abdul Bahkrin Hj. Mohd Yusof,Pengetua2,Guru2 Besar di daerah Kota Belud. Dengan semangat kesukanan Pengetua SMK Usukan serta seluruh warganya telah berjaya menganjurkan majlis ini. SMK Narinang menjadi johan dengan pungutan 25 pingat emas."MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

02 March, 2011

Belia Perlu Bangkit





19hb.Feb,2011 jam 9.00 pagi bertempat di pantai kg Nanamun Rampayan Laut saya bersama pelatih PLKN dalam majlis Komuniti 1 Malaysia kerjasama Jabatan Penerangan Kota Belud anjuran Komuniti Bestari Kg. Nanamun yang di pengerusikan oleh Datu Jafrin Datu Anggol.Acara gotong royong membersih kawasan pantai Nanamun serta berbagai acara yang di sediakan oleh pihak penganjur.
Dalam ucapan saya menyentuh beberapa faktor berhubung belia beliawanis yang berpeluang mengikuti pembelajaran beberapa modul yang di sediakan oleh PLKN.Mereka rasa beruntung kerana seawalnya di dedahkan dengan berbagai khidmat untuk melatih mereka bermasyarakat sebelum mereka keluar dari kepompong persekolahan.
Selepas majlis itu saya beredar ke satu majlis penubuhan persatuan belia yang di anjurkan oleh ajk biro keahlian Pemuda Umno Kota Belud bertempat di Mini Dewan Mayang Sari di ketuai oleh Naib Ketua Pemuda Kota Belud Sdr Arshad Bistari.
Dengan ada nya Persatuan Belia Kota Belud ini saya berharap agar para belia bangkit untuk memperjuangkan belia khususnya di Kota Belud.