Pages

30 January, 2011

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina





29-01-2011 KOTA BELUD Beberapa hari lagi kaum Tiong Hwa akan menyambut Tahun Baru Cina (Tahun Arnab) .Di Kota Belud saya dan pemimpin-pemimpin tempatan sempat mengunjungi kedai-kedai mereka untuk menyampaikan kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina.
Memakan masa lebih kurang 2 jam kami mengelilingi pekan kota belud bersama-sama rakan-rakan dalam BN.

Turut hadir Almudin Kaida Timbalan Presiden PBS,Lin Hj Harun Ketua Bahagian PBS Kota Belud,Idris Hj Nanti wakil MP 169 Kota Belud,Aliudin Paitu wakil Yb Dtk Musbah Hj Jamli.

Setiap kali perayaan sebegini kita lakukan untuk merapatkan hubungan silaturrahim dengan kaum Tiong Hwa di daerah Kota Belud,harapan saya agar hubungan erat yang sudah lama terjalin ini akan berterusan."GONG XI FA CAI"

26 January, 2011

Minyak Kelapa DARA




26-01-2011 KOTA BELUD- Bertempat di dewan restoran rasa sayang satu lagi majlis perasmian penutupan kursus pemprosesan minyak kelapa dara anjuran PPK Kota Belud dengan kerjasama MOSTI yang saya di jemput untuk merasmikannya.
Mengikut lapuran sebanyak 100 ribu telah di peruntukan oleh kementerian bagi menjayakan program ini.Apa yang saya nampak peserta seramai 50 orang yang mengikuti kursus selama 3 hari ini telah sedikit sebanyak mendapat ilmu pengetahuan bagaimana caranya menghasilkan minyak kelapa dara.
Turut hadir dalam majlis tersebut En Asrin Sadi wakil Pegawai Daerah KB,En.Hanjan Samit Pengerusi Ahli Jemaah pengarah PPK Kota Belud juga Haji Adnan Mohd Atob Ketua Tenaga Pengajar MOSTI.

16 January, 2011

ADUN





15hb Januari,2011 KOTA BELUD Bermula jam 11.00 pagi saya menghadiri majlis seminar di masjid Kg Wakap anjuran bersama AJK masjid dan Jheains.Perpaduan dalam masyarakat untuk menambah ilmu dunia dan akhirat ada perlu pada hari ini dalam dunia yang penuh mencabar.
Dua penceramah yang didatangkan khas dari jheains kota kinabalu telah membentangkan kertas kerja mereka di seminar tersebut.Sambutan amat menggalakkan.Dalam ucapan saya menyeru agar majlis seperti ini dapat diadakan sekerap mungkin.Lebih-lebih lagi disasarkan kepada belia2 dan beliawanis2 untuk membantu mereka mempelajari kehidupan yang sebenar dalam islam.
Turut hadir Penolong Pengarah JHEAINS Ust Seman Jipar juga pemimpin-pemimpin setempat.
Pada Sebelah petangnya pula saya sekali lagi mengadiri majlis penutupan kursus anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional bertempat di dewan Restoran Rasa sayang Kg Bobot.
Kehadiran seramai 70 orang peserta terdiri dari Pengerusi,Setiausaha dan Bendahari dari 36 buah Rukun Tetangga Daerah Kota Belud amat menyenangkan bagi saya sebagai pemimpin menjelaskan langkah-langkah kerajaan menyatupadukan masyarakat.
Kumpulan Permuafakatan yang di pengerusikan oleh Sibil Uli dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Kota Belud telah berjaya melaksanakan program-program dalam daerah Kota Belud.Jabatan ini juga tidak jemu-jemu untuk mengadakan aktiviti.Tahniah dan syabas.

14 January, 2011

Pulau Mantanani 2011












Kota Belud-13hb.Januari 2011 -Sekitar jam 8.00 pagi dari jeti Kg Kuala Abai saya bersama rombongan menaiki bot pelancong 400hp menuju ke destinasi Pulau Mantanani.
Program Pemimpin bersama rakyat yg di anjurkan oleh JKKK di Pulau tersebut Tn.Hj Jafawil Hj Ismail dengan pengisian menyampaikan bantuan zing kepada 122 orang yang dikenal pasti memerlukan perkakas tersebut untuk membaiki rumah mereka.
Setiba di jeti Pulau mantanani kami di sambut oleh Ketua Kampung juga penduduk dan di bawa ke tempat acara tersebut di jalankan iaitu di depan masjid berhampiran Kelas Tabika Kemas.
Ucapan berkisar dengan masalah air,letrik,pendidikan,ekonomi.Begitu juga saya menyentuh peruntukan-peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan ke dalam kampung tersebut seperti khemah,kerusi,zink,rumah pprt dan lain-lain lagi.
Selepas penyampaian/penyerahan zing secara simbolik kami di hiangkan dengan makanan yang berlaukkan ikan bakar.sungguh menyeronokkan.sambil melayan masalah rakyat yang ingin bersemuka dengan saya.
Lawatan ke bangunan rumah perkuburan juga di buat sebelum pulang ke tanah besar kami sempat singgah di sebuah chelet kepunyaan anak tempatan berasal dari Sandakan.sungguh cantik tempat tersebut untuk bersantai cuti-cuti Malaysia.
Pakej yang di terangkan oleh pemilik resot tersebut kira 1 kepala...bot rm100 menginap 1 malam rm50 makan/sarapan 3 kali rm60.
Kebanyakkan pengunjung dari luar negara.....(aktiviti pertama tahun 2011)