Pages

19 July, 2010

RELA...sesuai dengan gelaran mu





18hb Julai 2010-Kg Timbang Dayang Kota Belud saya di jemput untuk merasmikan Platun Rela 0043 Kg Timbang Dayang, dengan seruan "rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan",walaupun sibuk dengan tugas rasmi di Kota Kinabalu saya bergegas juga ke kawasan demi memenuhi tuntutan rakyat di kawasan saya.
Rela merupakan pasukan ke 3 dalam pasukan keselamatan yang di beri tanggongjawab menjaga keselamatan negara selepas pasukan polis dan juga tentera.
Oleh itu saya menyeru kepada masyarakat agar dapat menyumbang bakti kepada negara melalui pasukan rela.
Turut hadir dalam majlis itu ia lah Pegawai Rela Daerah Yakup Jaini, Januin Hj. Sudah serta pegawai2 rela berbagai pangkat.

04 July, 2010

Sepak takraw






19hb.Jun,2010 Kg. Pirasan saya merasmikan kejohanan sepak takraw tertutup anjuran KRT Kg. Pirasan yang di pengerusikan oleh Haji Duyuk KK Hj Tahir.
Kampung yang terlibat dalam kejohanan tertutup ini ialah Kg. Piasau,Ranagalau,Dundau,Rajunah dan Podos.

Selain daripada mengeratkan talisilaturrahim ia juga dapat mencungkil bakat2 pemain di kalangan jenerasi muda,memupuk nilai-nilai murni serta meningkatkan penyertaan masyarakat dalam bidang sukan yang di ceburi,mengujudkan budaya amalan sukan sihat dan cergas,serta memupuk semangat kesukanan.

Dengan moto 1 Malaysia cergas...."MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIHKAN KEPELBAGAIAN"