Pages

18 June, 2010

Kesenian Islam





15-06-2010 jam 8.00 malam saya merasmikan festival nasyid,marhaban dan kompang peringkat daerah Kota Belud, dengan harapan moga2 peserta2 yang mewakili daerah ini ke peringkat PBU akan dapat membawa imej Kota Belud itu sendiri, justeru selain daripada bertanding di peringkat yang lebih tinggi displin serta kekuatan diri harus ada tersemai di sanubari masing2.

08 June, 2010

50 pemimpin Cina angkat sumpah





3hb.Jun,2010(Khamis) KOTA BELUD Saya memenuhi undangan Persatuan Tiong Hwa Kota Belud jam 8.00 malam di dewan OKK Annwar sempena majlis angkat sumpah AJKPersatuan Tiong Hwa Daerah. Dalam majlis tersebut 6 kategori angkat sumpah di lakukan ia lah AJK Persatuan Tiong Hwa,Ahli Lembaga Pengurusan SJK Chung Hwa,AJK Tadika,AJK Biro Wanita Persatuan Tiong Hwa,AJK Pemuda Persatuan Tiong Hwa, dan AJK PIBG SJK Chung Hwa.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Tiong Hwa Lim Bum Poo, Pengerusi Penganjur Tan Eng Ann,Pegawai Khas Ahli Parlimen Kota Belud Idris Nanti,Pemimpin Kemajuan Rakyat N 8 Usukan Kota Belud Sedin Tundan juga Lin Hj. Harun Ketua Bahagian PBS.

Majlis tersebut turut di meriahkan dengan pemotongan kek sempena sambutan hari guru peringkat SJK Chung Hwa.

02 June, 2010

Belia harapan bangsa




2hb.Jun,2010-(Rabu) KOTA BELUD-Saya merasmikan program Akar Umbi 2010 Penubuhan Persatuan Belia Daerah Kota Belud anjuran Kementerian Belia Dan Sukan Sabah.

Peserta yang terdiri dari ahli2 belia di 3 kawasan Kadamaian,Tempasuk dan Usukan.Dalam ucapan saya menyentuh tentang berpersatuan. Di mana Persatuan akan menjadi persatuan yang kuat apabila seseorang itu tahu tugas masing-masing dalam persatuan.

Kalau boleh setiap belia ada persatuan yang di ikuti,kerana persatuan boleh mengajar kita mendisplinkan diri.

Turut bersama dalam majlis tersebut Pegawai Daerah En. Mohad. Najib Montok,Pemimpin Kemajuan Rakyat En. Sedin Tundan,Pegawai JHEAINS (PBU) Ustaz Zuldin Hj. Abd. Hamid,Imam Daerah Ustaz Hj.Madli Hj.Manshor.

Saya berharap belia-belia di sekitar Kota Belud dapat mengambil peluang ini,kerana mereka ini bakal menjadi pemimpin akan datang.