Pages

29 May, 2010

Perpaduan membawa keamanan








Rukun Tetangga Daerah Kota Belud23hb. Mei,2010 Kota Belud Saya di undang merasmikan karnival jiran wanita & jiran muda sempena sambutan minggu perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Sabah.

Berbagai acara di buat antaranya ialah pameran barang-barang kraf,melukis bagi kanak-kanak Tabika,menggubah sirih junjung serta ratu kebaya.

Turut hadir dalam majlis ini Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Dirwana Hj. Azool serta rombongan KRT dari Sarawak.

24 May, 2010

Bantuan Untuk Mukim Sembirai...




22-05-2010 (Sabtu) Kg. Sembirai Dari majlis perasmian mesyuarat agung PBTM Daerah saya bergegas lagi ke Kg. Sembirai rumah Cikgu Ridih Tangoh untuk majlis penyerahan bantuan dawai duri dan kerusi kepada pengerusi JKKK mukim Sembirai.

Pengerusi2 JKKK, Ketua2 Cawangan,Ketua2 Kampung antara pemimpin yang hadir dalam majlis tersebut.Turut hadir Pemimpin Kemajuan Rakyat n 8 Usukan En. Sedin Tundan, Guru Besar SK Sembirai Haji Abas Jafar yang menerima kerusi plastik sebanyak 100 buah bagi pihak Sk Sembirai.

Pengerusi JKKK Kg. Sembirai,Sembirai Tanjung Pasir,Sadok2 dan Lingkodon antara penerima bantuan dawai duri.

Saya berharap agar bantuan kerajaan ini dapat di pergunakan dengan sebaik-baiknya.

Bekas2 Tentera Jangan Di Lupakan...





22-05-2010(Sabtu) Kota Belud saya merasmikan mesyuarat agung tahunan PBTM cawangan Kota Belud kali ke 28 yang di ketuai oleh Tn Haji Azim Abdullah, hadir sama En. Marshid Hj. Mohd. Salleh Naib YDP 1 PBTM Bahagian Negeri Sabah.

Dalam masa yang sama saya juga merasmi pejabat PBTM yang terletak di bawah bangunan MDKB.
Kita harus ingat bekas2 tentera ini pernah menyumbangkan bakti kepada keamanan negara.Oleh itu mereka ini seharusnya tidak di lupakan.Saya berkata dalam ucapan perasmian akan membantu sedaya upaya yang boleh selagi saya di perlukan bukan saja dalam bentuk buah fikiran,tetapi juga dalam apa bentuk sekali pun,dengan kemampuan yang ada pada saya.
Turut hadir mantan ketua cawangan En. Harris Dibang.Menurut ketua cawangan Tn.Haji Azim kehadiran mesyuarat kali ini amat memberansangkan.

17 May, 2010

Pesta Kaamatan.......







16hb.Mei 2010(Ahad) Kota Belud-Saya mewakili Yb DSP Joseph Pairin Kitingan merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat daerah Kota Belud di Pentas Budaya, Tamu Mingguan.
Kehadiran amat memberansangkan,ucapan tahniah kepada pihak penganjur terutama sekali urusetia yang di ketuai oleh Pegawai Daerah En. Mohd. Najib Montok.
Majlis ini amat bermakna selain menyaksikan pertandingan Unduk Ngadau,dapat juga bermesra dengan rakyat yang berbilang kaum terutama di Kota Belud.
Turut hadir Yb Dato Abdul Rahman Datuk Dahalan Ahli Parlimen P169 Kota Belud ,Yb Dtk Hj. Musbah Hj. Jamli ADUN Tempasuk/Pem. Men. Pertanian & Industri Makanan juga Yb Datuk Herbert Timbon Lagadan ADUN Kadamaian/Pem. Men. Pembangunan Masyarakat & Halehwal Pengguna.

Dalam teks ucapan TKM yang saya baca "Perayaan Pesta Kaamatan merupakan salah satu aktiviti dalam kalender perayaan Nasional dan menjadi produk pelancongan negeri Sabah.Walaupun Pesta Kaamatan sinonim dengan masyarakat Kadazandusun,namun ianya turut diraikan oleh suku-suku kaum yang lain sebagai suatu perayaan rasmi negara.

Semangat seperti ini turut berlaku dalam perayaan-perayaan rasmi yang lain seperti Hari Raya Aidil Fitri,Tahun Baru Cina,Deepavali,Gawai Dayak dan sebagainya.Ini jelas membuktikan bahawa walaupun kita datang daripada pelbagai suku kaum,etnik dan fahaman agama, namun kita boleh bersama-sama meraikan satu-satu perayaan itu dengan penuh harmoni."

12 May, 2010

Ilmu Penting .....




12-05-2010 Sk Pituru Kota Belud saya merasmikan pertandingan bercerita dalam bahasa english yang di buat di dewan serbaguna Kg. Pangi. Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Mohd. Fadzli Rozan,Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan N8 Usukan turut hadir.Cikgu Yatan Binua guru besar SK Pituru juga Pengerusi Pengelola. . .Melentur buluh biar dari rebung....ini la kata2 yang kita sering dengar bagi memberi semangat kepada ibubapa mendidik anak-anak mereka.

10 May, 2010

Juara Rakyat Kg. Sembirai





9-05-2010 (Ahad) Kg. Sembirai Kota Belud bersama-sama Yb Dato Abd. Rahman Ahli Parlimen Kota Belud dalam acara juara rakyat.

06 May, 2010

SUKAN UNTUK KESEHATAN...

Rumah sukan (kuning)




Rumah biru...lintas hormat
Tarian daling2................
06hb.mei,2010 SK KUALA ABAI KOTA BELUD MERASMIKAN TEMASYA SUKAN MSSS 2010,TURUT HADZIR PEMIMPIN KEMAJUAN RAKYAT N 8 USUKAN EN.SEDIN TUNDAN.SAYA RASA TERHARU MELIHAT KERJASAMA YANG DI TUNJUKAN OLEH IBUBAPA DI MANA MEREKA SANGGUP BERGOTONG ROYONG BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.
MEREKA MENYIAPKAN RUMAH2 SUKAN JUGA TURUT MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERBARISAN LINTAS HORMAT.
SEMOGA KERJASAMA SEBEGINI DAPAT DI TERUSKAN...