Pages

31 March, 2010

PNK KOTA BELUD








31hb.Mac,2010 Dewan masyarakat Tun Said...9.00 pagi merasmikan mesyuarat agung persatuan nelayan kawasan kota belud kali ke 17 yang di terajui oleh saudara Makbul Matdin sebagai Pengerusi Nelayan Kawasan.Seramai 550 orang nelayan yang layak memilih ahli lembaga pengarah bagi sesi 2010/2012


30 March, 2010

Bersama AMT YB Dato Noh Omar











27hb.mac2010 sabtu jam 8.00 malam dalam majlis makan malam bersama Yb Dato Noh Hj Omar AMT Umno di dewan masyarakat tun said. turut hadir YB Dato Rahman,Yb Datuk Musbah Hj Jamli,Awadnir Matanggal juga AJK Umno Bahagian serta 3 sayap parti Wanita,Pemuda dan Puteri.Yb Dato Noh bersama-sama rombongan pegawai-pegawai kementerian beliau.Dalam ucapan Yb Dato Noh beliau menyentuh tentang Parti dan Kementerian yang Yb Dato terajui,dalam majlis itu juga dailog telah di buat memberi peluang kepada hadirin untuk bertanya berkenaan dengan parti dan juga agensi keajaan di bawah naungan Yb Dato Noh sendiri.





28 March, 2010

Turun Padang







27hb Mac2010 Kg. Pirasan Dalam kesibukan bermula jam 8.00 pagi merasmi Tilawah peringkat daerah ke perasmian projek ikan keli afrika sempat juga saya melawat tempat2 berikut:-
Gambar dari atas:1) Berjumpa dengan Sdr Awang pemilik rumah pprt yg baru saja di diaminya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang memberi bantuan kepadanya.
2)Melawat wanita yg terlantar sakit keluarga Sdr Harun Nirong.
3) Bertanya khabar dengan anak saudara WKAN Pn Jaimah yang memiliki rumah kecil sekadar tempat berteduh, Mengharapkan bantuan bekalan air dan eletrik.
4) Bersama pemilik rumah pprt yang mendapat bantuan daripada kerajaan selepas rumahnya di landa ribut baru-baru ini juga beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana memberikan bantuan.

Turut hadir dalam lawatan ini Tn Hj. Kajul Samin Pengarah daerah mengundi Kg Pirasan.



1 Kampung 1 Industri







Kg Pirasan 27-03-2010 (Sabtu) Jam 10.30 pagi merasmikan projek ternakan ikan keli afrika dalam tangki secara berkelompok yang di ketuai oleh Pengerusi JKKK En. Asli Along. Mereka mendapat peruntukan daripada KPLB yang di salurkan melalui Pejabat Daerah sebanyak Rm 49,000.00 mengikut Asli dalam 1 tangki boleh menampung 200 ekor ikan keli afrika.

Turut berada dalam majlis ini Pemaju Masyarakat Kawasan N8 Usukan Tn Hj. Manchu,KK Hj Tahir Pengerusi JKKK Kg Pirasan Lama En. Abd Rahim Jantan,Pegawai RELA Daerah, WKAN Pn. Jaimah serta penduduk kampung.

MTQ PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD












27-03-2010 (Sabtu) 8.00 pagi -Dewan Masyarakat Tun Said Kota Belud merasmikan perujian tilawah al-quran peringkat daerah, seramai 12 peserta telah mengikuti perujian ini yang mana johan nya nanti akan mewakili daerah kota belud ke peringkat PBU,sebelum ini kota belud pernah melahirkan qari/qariah hingga ke peringkat kebangsaan seperti Ustazah Alinsam Hj Zaman,Tuan Haji Abdul Malik Lila dan Tuan Haji Madli Haji Mansor.Kita berharap badan dakwah daerah ini terus mencari dan mencungkil bakat-bakat remaja agar semangat mencintai al quran dapat di teruskan dengan kerjasama badan-badan NGO yang terdapat di daerah ini.Ustaz Zunaidi @Ady bin Misdaranai dan Puan Masnah Anjil telah di nobatkan sebagai Johan qari dan qariah dalam perujian ini.



17 March, 2010

Forum Ehwal Islam




12hb.mac2010.Kg Payas-Payas. .Saya merasmikan majlis Forum ehwal islam dalam bahasa irranun di masjid kg. Payas2.Ahli2 panel ialah Imam Daerah Hj Madli Hj Mansor,Ustz Meleh Bidin dan Hj.Khairan Untoh (Pengarah SIRIM)..Kehadiran penduduk setempat membuatkan saya bersemangat,justeru itu umat islam mari kita sama-sama menggunakan seluruh tenaga demi Agama,Bangsa dan Negara.Turut hadir dalam majlis tersebut OKK tn.hj masrin hassim.

KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN-Pulau Mantanani



12-03-2010 saya ke Pulau Mantanani bersama rombongan pejabat daerah kota belud,polis,kemas,kesihatan,jab. penerangan,upkr usukan untuk merasmikan majlis Kempen Kesedaran Keselamatan anjuran shell dengan kerjasama pejabat daerah kota belud yang di ketuai oleh ADO Hamdan Hj Sarudin, turut berada dlm majlis tersebut Ketua Daerah OKK Datuk Golkhan Hj Hasbullah,OCPD Mohan, PKR Usukan Sedin Tundan,Hj.Jimin(KEMAS),Ketua Kg.Pulau Mantanani dan Pengerusi JKKK Hj.Jafawil turut sama.Selepas perasmian taklimat keselamatan di sampaikan oleh kakitangan Shell serta anggota Polis.

01 March, 2010

S.K. TIMBANG DAYANG BERWAJAH BARU






26.01.2010 (Selasa) Melawat tapak pembinaan Sekolah Rendah Kebangsaan Timbang Dayang,Kota Belud yang mendapat peruntukan daripada kerajaan berjumlah RM14.6 juta. Setakat ini lebih kurang kerja-kerja yang telah siap 67% dan di jangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2011,seterusnya boleh di gunakan oleh murid-murid seramai 350 orang.

Melawat Rumah Pump Air Di Kg. Lebak Enged


26-01-2010 Saya juga sempat melawat rumah Pump Air, Jabatan Pengairan & Saliran yang terletak di Kg. Lebak Enged. Di mana pada tahun 2009 jabatan ini telah mendapat peruntukan bagi menaik taraf bangunan dan juga sistem perparitan bagi membekalkan air ke sawah di kawasan Usukan, antara kampung-kampung yang terlibat untuk mendapat bekalan tersebut ia lah Kg. Sembirai,Timbang Dayang, Payas-Payas, Peladok, Pantai Emas,Bala Liang,Kulambai,Tg.Batu serta Suang Punggur.Gabian yang konkrit juga telah di bina di tebing sungai yang berhampiran dengan Rumah Pump tersebut.Saya berharap agar petani yang terlibat dapat menggunakan kemudahan yang di berikan oleh kerajaan tersebut dengan sebaik mungkin.Penggunaan yang berjadual ada lah di syorkan.