Pages

10 February, 2010

Naik tarap bekalan air Kota Belud







Kota Belud 26hb Januari,2010 (Selasa)
Melawat jabatan air Kota Belud dan di beri taklimat oleh Juruteknik en.Zainurien Siong ,sebelum loji air di bina di Kg Bayayat, daerah Kota Belud menerima bekalan air di pam air berdekatan dengan pejabat Jabatan Air sekarang ini,terdapat 10 buah pam di tempat ini,Saya juga memaklumkan kepada kakitangan Jabatan air bahawa tarif air di daerah Kota Belud adalah yang termurah berbanding dengan daerah2 lain di negeri Sabah. Zainal Abidin Hj.Shoud Pem. Tadbir(Bendahari Umno Bahagian KB),Pemimpin Kemajuan Rakyat N8 Usukan En. Sedin Tundan turut hadir.

09 February, 2010

Kg. Siasai terima pembangunan












26/01/2010 (Selasa) Kg.Siasai Kami meneruskan lawatan ke Kg Siasai melihat dewan serbaguna yang baru siap di bina oleh kotraktor En.Sabanah menurutnya dewan ini boleh sudah digunakan oleh penduduk kampung bagi membuat berbagai aktiviti/ acara.Sebelum ini acara/aktiviti selalu di adakan di Padang kawasan kampung ini juga.Seingat saya beberapa bulan yang lalu saya pernah merasmikan Majlis Malam Kominiti Bistari anjuran Jabatan Penerangan Kota Belud yang di adakan di depan rumah Pengerusi Kominiti Bitari Kg. Siasai En. Ahmad Pinjaman. Penduduk Kg. Siasai melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional yang telah meluluskan sebuah dewan bagi kegunaan penduduk.Saya berharap agar penduduk dapat menjaga bangunan ini agar ianya boleh di gunakan seberapa lama yang mungkin.Turut berada di dewan tersebut semasa siri lawatan ini En.Abdullah Janu Pemaju Mukim kawasan Pirasan/Siasai.

Kg. Pirasan. . . .Membangun
















26-01-2010(Selasa) Kg Pirasan: Misi turun padang kami ke Tabika Perpaduan Kg. Pirasan
meninjau pembelajaran kanak-kanak Tabika,menurut guru Tabika sekolah tersebut adalah yang keempat di daerah Kota Belud.Menurut guru tersebut semasa memberi taklimat ringkas bahawa saya juga adalah Penaung Sekolah Tabika tersebut
Turut hadir ialah Pengerusi JKKK Kg Pirasan En. Abdul Rahim Jantan,Pemaju Masyarakat Tuan Hj. Manchu Kula,Pengerusi Daerah mengundi Pirasan Tuan Hj. Kajul Samin.

Kami juga di bawa melawat rumah mesra rakyat sebanyak 2 buah yang telah siap di bina dan di huni oleh pemilik.Menurut En. Jantan rumah tersebut telah pun siap sepenuhnya tetapi tidak mempunyai bekalan letrik.Saya berbincang dengan Pengerusi JKKK meminta beliau menghubungi Kontraktor dan SESB bagi pemasangan tiang dan penarikan dawai hitam.

Bersama Nelayan Kg Ambong




26hb.januari 2010(Selasa) Kg. Ambong, Kota Belud....Saya dan wartawan dari Berita Harian membuat lawatan mengejut di Kampung dan berjumpa beberapa pemimpin tempatan
serta meninjau kawasan nelayan beroprasi.Ketua Kampung Patin Bin Jali melapurkan kedudukan nelayan yang memerlukan beberapa bantuan contohnya bangunan tempat kami berada.Rumah nelayan yang sudah uzur perlu di perbaiki.
Saya sebagai Wakil Rakyat di kawasan ini akan cuba membantu sedaya-upaya yang boleh.harapan saya agar nelayan-nelayan dapat meningkatkan lagi pendapatan keluarga dengan hasil tangkapan.
Nelayan juga jangan terlalu bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan dan nelayan hendaklah bijak menggunakan hasil pendapatan .

08 February, 2010

Turun Padang


Kg. Pituru 26hb.Januari 2010

Melawat jalan raya yang baru siap di bina di Kampung Pituru.

Penduduk melahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan BN

kerana dapat melaksanakan projek tersebut walaupun sekian

lama di tunggu.Turut hadir Wartawan berita Harian, Pemimpin

Kemajuan Rakyat Kawasan N8 Usukan Sdra Sedin Tundan serta

beberapa orang kakitangan UPKR N8 Usukan

07 February, 2010

BERSAMA TKM/MENTERI PERTANIAN & INDUSTERI MAKANAN











Kg.Tambilaung Kota Belud-: Majlis taklimat Projek Peningkatan Hasil Padi Daerah Kota Belud yang di sampaikan oleh Jabatan Pengairan & Saliran serta Jabatan Pertanian Di Kg. Tambilaung Kota Belud kepada YB Datuk Yahya Hussen TKM/Menteri Pertanian & Industri Makanan serta Pembantu-Pembantu Menteri Yb Dtk Musbah Hj. Jamli,Yb Dtk Bobbey Suan. YB Dato Abdul Rahman Ahli Parlimen Kota Belud hadir bersama-sama dalam majlis tersebut.